Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hannah Yeoh, Izzah gesa PAC diketuai pembangkang
Diterbitkan:  Mar 15, 2019 10:20 PM
Dikemaskini: 2:20 PM

Pakatan Pakatan Harapan (PH) Hannah Yeoh dan Nurul Izzah Anwar menggesa agar pembangkang terus menerajui Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Ini selepas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata pengerusi PAC Ronald Kiandee tidak perlu melepaskan jawatan meskipun kini menjadi sebahagian daripada kerajaan apabila menyertai Bersatu hari ini.

Yeoh, yang merupakan timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat berkata sudah tiba masanya untuk berubah.

"Masa untuk parlimen meminda Perintah Tetap bagi menjadikannya wajib untuk PAC dipengerusikan oleh (pemimpin) pembangkang," katanya.

Yeoh adalah bekas speaker DUN Selangor.

Pandangan tersebut turut disokong oleh Nurul Izzah, yang merupakan ahli PAC.

"Setuju. Pengerusi PAC harus diisi oleh pembangkang untuk meneruskan akuntabiliti eksekutif.

"Speaker sekarang jelas memiliki niat melakukan pembaharuan institusi - untuk memastikan Parlimen berada pada kedudukan yang sama dengan eksekutif. Akan ingatkan beliau melakukan perkara sama untuk PAC," kata anggota Parlimen Permatang Pauh itu.

Pelantikan pemimpin pembangkang mengetuai PAC merupakan antara janji dalam manifesto pilihan raya PH.

Ketika menjadi pembangkang, gabungan itu mengkritik kerajaan BN dan pengerusi PAC ketika itu, Hassan Arifin kerana mengetepikan siasatan jawatankuasa berkenaan ke atas 1MDB.

Ronald sebelum ini adalah Anggota Parlimen Umno tetapi mengumumkan keluar parti dan menjadi aanggota parlimen bebas pada Disember lalu, bersama-sama dengan pemimpin Umno Sabah yang lain.

Anggota Parlimen Beluran itu dan tiga bekas anggota Parlimen Umno Sabah hari ini mengumumkan menyertai Bersatu.

Lihat Komen
ADS