Bagi membantu kerajaan memerangi rasuah, golongan pelabur harus mengelak daripada bekerja sama dengan syarikat-syarikat yang terlibat rasuah, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Cuba tengok Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) dan anda akan tahu betapa seriusnya kerajaan cuba memerangi rasuah.

“Saya mesti tegaskan di sini, ada peranan penting yang harus dimainkan oleh golongan pelabur dalam membantu menghapuskan rasuah.

“Paling tidak pun, anda boleh mengelak daripada membeli saham atau membuat perjanjian dengan pengarah atau syarikat yang terlibat dalam amalan rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam persidangan Invest Malaysia 2019 di Kuala Lumpur hari ini.

Tambahnya, pihak kerajaan telah mengambil langkah bagi memastikan ahli politik yang aktif tidak dilantik sebagai ketua misi atau ketua mana-mana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang tersenarai di bursa saham.

[Baca berita asal]