Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Azmin umum bantuan RM37j buat pekebun kecil di Kedah
Diterbitkan:  Mar 21, 2019 11:29 AM
Dikemaskini: 3:29 AM

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali, menjelaskan dana sebanyak RM37 juta bakal diagihkan kepada Program Pembangunan Risda Kedah.

Katanya peruntukan tersebut diberi bertujuan untuk memberi manfaat kepada 73,642 pekebun kecil di seluruh negeri itu.

“Kerajaan komited dan kita bersungguh-sungguh ikhlas membantu membina masa depan lebih selamat serta terjamin bagi warga pekebun kecil.

“Pekebun kecil ini membanting tulang, bekerja gigih dan kuat, sekali gus menyumbang kepada ekonomi negara,” katanya dipetik BH hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir.

Mengulas lanjut, Azmin berkata kerajaan memberikan RM1.5 juta untuk bantuan prasarana asas pertanian di Kedah manakala RM3.5 juta bagi Skim Insentif Produktiviti Getah serta Program Peningkatan Produktiviti Getah.

Katanya kerajaan meluluskan peruntukkan RM338 juta untuk perlaksanaan Risda yang memberi manfaat kepada 552 543 pekebun kecil di seluruh negara.

Beliau berkata peruntukan itu merangkumi Program Tanam Semula Getah, Prasarana Asas Pertanian, Aktiviti Ekonomi Tambahan dan Keusahawanan, Skim Insentif Produktiviti Getah, Khidmat Pengembangan dan Latihan Pekebun Kecil.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS