Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lepas Nurul Izzah letak jawatan, Dr M timbang tukar pengerusi PAC

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan menimbangkan untuk melantik pengerusi baru Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi menggantikan Ronald Kiandee.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang peletakan jawatan Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar sebagai anggota PAC, susulan pengekalan Kiandee walaupun setelah menyertai Bersatu.

"Ya kita akan menimbangkannya, kita akan cari calon yang bagus. Tetapi pada masa ini beliau (Kiandee) kekal sebagai pengerusi PAC," katanya dalam sidang media selepas pelancancaran kempen "Love MY Palm Oil" di Pulau Carey, Selangor hari ini.

Beliau berkata janji melantik pengerusi PAC di kalangan pembangkang - seperti terkandung dalam manifesto PRU ke-14 - bukanlah soal perundangan dan tidak semestinya dilaksanakan segera.

"Ia adalah janji yang dibuat Pakatan Harapan (PH). Kita boleh laksanakan pada bila-bila masa, kita akan berpegang kepada janji," katanya lagi.

Semalam, anggota PAC Wong Chen memberitahu Malaysiakini bahawa anggota PAC PH telah menulis surat kepada Mahathir untuk menyuarakan bantahan terhadap keputusan mengekalkan Kiandee untuk mempengerusikan jawatankuasa itu.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS