Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Saya hormat Kiandee, tapi pengerusi PAC tetap perlu ditukar'

Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar berkata dia sangat menghormati Ronald Kiandee namun tetap mempertahankan pendiriannya berhubung perlunya penyandang jawatan pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) ditukar.

"Saya sangat menghormati Ronald. Kami dapat bekerjasama baik dengan beliau, tapi struktur (PAC) perlu dipertahankan.

"Ini bukan tentang individu, bukan siapa pegang jawatan apa, atau personalitinya. Ia adalah tentang struktur yang ditubuhkan untuk menjadi benteng mengelakkan perbelanjaan yang keterlaluan," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Menyifatkan PAC sebagai penanda aras pembaharuan institusi, Nurul Izzah hari ini menjelaskan peletakan jawatannya adalah untuk menyatakan pendirian yang jelas.

Tambahnya, dia dan beberapa ahli PAC dari kalangan PH sudah menulis surat kepada kerajaan agar berpegang pada janji manifesto dan menukar pengerusi PAC dari kalangan ahli parlimen pembangkang.

"Saya kira, saya hanya menegaskan pendirian saya dalam perkara ini kerana suka atau tidak, kita perlu memastikan tiada perbelanjaan keterlaluan dari eksekutif dan PAC adalah bagi menangani perkara ini.

"Ingat ketika BN kerajaan, kita pernah ada pengerusi PAC dari kalangan ahli parlimen kerajaan, namun naib pengerusi atau timbalan pengerusi dari kalangan pembangkang," katanya.

Kiandee dilantik menjadi pengerusi PAC ketika masih merupakan ahli parlimen BN. Bagaimanapun, ahli parlimen Beluran itu sudah menyertai Bersatu, iaitu parti komponen PH.

Ini menjadikan dua jawatan tertinggi dalam PAC dipegang oleh kerajaan. Timbalan pengerusi PAC ketika ini masih lagi Wong Kah Woh.

Lihat Komen
ADS