Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Malaysia perlu kecam Israel, Trump - Raja Bahrin
Diterbitkan:  Mar 29, 2019 11:40 AM
Dikemaskini: 3:40 AM

Malaysia bukan saja perlu mengecam Israel, sebaliknya perlu turut mengutuk Presiden Amerika Syarikat Donlad Trump, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Pemimpin Amanah itu berkata, kecaman atau provokasi terhadap Israel antara agenda mesyuarat Kabinet di Langkawi hari ini.

"Saya rasa kalau kerajaan Malaysia nak buat pendirian, pendiriannya mestilah menyeluruh bukan hanya mengutuk Israel tetapi juga Amerika Syarikat.

"Hal ini kerana Amerika Syarikat memberi sokongan dan "peluru" kepada Israel," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Hal ini penting, jelasnya jika Malaysia ingin melakukan kecaman ia tidak harus berkisar terhadap Israel semata-mata sebaliknya negara yang menyokongnya.

Jelas beliau kecaman terhadap Amerika Syarikat dan Trump amat perlu kerana ia merupakan sokongan kepada Israel untuk menjadi lebih agresif.

"Oleh itu jugalah Israel tak makan saman, mereka buat apa yang mereka suka," katanya lagi.

Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat yang pertama mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Malah, bagi menyokong pengiktirafan itu, Trump juga mengumumkan untuk memindahkan penjabat kedutaan negara itu dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Terbaru pada 26 Mac, Trump menandatangani pengisytiharan mengiktiraf kedaulatan Israel ke atas Wilayah Bukit Golan yang dipertikaikan, sedangkan kawasan itu wilayah sempadan dirampas Zionis daripada Syrian pada 1967.

Lihat Komen
ADS