Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PRK RANTAU | Pemangku presiden Umno, Mohamad Hasan yang menjadi calon BN tidak melihat keterlibatan Presiden PKR Anwar Ibrahim dalam kempen kali ini sebagai ancaman.

Katanya, sesiapa sahaja bebas untuk berkempen asalkan tidak mengganggu keharmonian.

“Tak apa, kita amalkan demokrasi dalam negara ini. Saya tak memandang itu sebagai sebagai satu acanaman.

“[...] semua orang ada peluang dan boleh kempen secara sihat supaya tidak ada isu yang boleh buat keadaan keharmonian di Rantau yang berbilang kaum terganggu-gugat,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita mengenai keterlibatan Anwar Ibrahim untuk berkempen supaya memenangkan calon PKR Dr S Streram.

Selain itu, Mohamad turut menegaskan beliau tidak akan membeza-bezakan pengundi Melayu atau bukan Melayu dalam kempennya.

“Saya akan jumpa semua orang saya akan berjalan. Semalam saya berjalan dari rumah ke rumah, dari taman ke taman, kampung ke kampung, saya tidak ada fokuskan bahawa saya tak perlu jumpa kaum ini dan kaum itu.

“Saya tidak pernah membezakan pengundi saya, yang penting saya perlu jumpa selama 13 hari ini seramai mungkin pengundi yang saya boleh jumpa,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, biarpun tak mahu mendedahkan strategi kempennya, beliau akui perjumpaan peribadi dengan pengundi amat penting dalam kempennya.

“ Strategi saya simpan dalam poket tak boleh maklum, tetapi salah satu saya boleh katakan saya perlu berjumpa seramai mungkin pengundi di rantau.

“[...] mereka lama kenal saya dan saya bukan orang luar dan saya lahir di sini sekolah di sini, dan saya juga telah jadi Adun Rantau tiga penggal

“Perjumpaan peribadi saya penting dengan pengundi kerana rata-rata penduduk Rantau telah lama bersama saya sejak kecil dan saya sebagai Adun,” katanya lagi. 

 

Lihat Komen
ADS