Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PRK RANTAU | Sesi ramah mesra calon PH, Dr S Streram, dengan orang ramai di kawasan pasar pagi ini menjadi lebih 'berwarna-warni' apabila turut dilatari komentar dalam bahasa Mandarin daripada anggota MCA.

Ketika orang ramai daripada pelbagai kaum menyambut kedatangan doktor terbabit, petugas MCA - diketuai anggota jawatankuasa pusatnya Yap Siok Moy - memberi penerangan mengapa pengundi perlu memilih calon BN, Mohamad Hasan.

Penerangan itu disampaikan melalui pembesar suara yang dibuka tinggi.

Antara lain MCA mendendangkan pengalaman Mohamad sebagai menteri besar Negeri Sembilan sebelum ini, selain alasan mengapa pemangku presiden Umno itu perlu dimenangkan untuk mengawasi kerajaan PH.

Bercakap kepada Malaysiakini kemudian Yap berkata BN tidak boleh memandang rendah cabaran PH di Rantau.

"Tidak mudah untuk mengatakan Mohamad akan menang, kerana situasi sekarang ialah 50-50," katanya.

Menurut Yap masyarakat Cina membentuk 18 peratus daripada keseluruhan pengundi di DUN Rantau dan MCA berharap mereka mampu diyakinkan untuk mengundi Mohamad.

Sementara itu Streram yang ditemui media berkata beliau bercadang untuk membantu peniaga dan penduduk Rantau dengan menyediakan lebih banyak ruang perniagaan.

Selain Mohamad dan Streram, PRK kali ini turut disertai dua calon bebas iaitu R Malar dan Mohd Nor Yasin.

SPR menetapkan 13 April sebagai hari mengundi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS