Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sah tiada siaran langsung perbicaraan Najib
Diterbitkan:  Apr 1, 2019 9:14 PM
Dikemaskini: 1:14 PM

Prosiding perbicaraan bekas perdana menteri, Najib Razak berhubung dakwaan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mulai Rabu ini tidak boleh disiar secara langsung.

Ini berikutan kenyataan Ketua Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan yang menyatakan perbicaraan di mahkamah tidak boleh disiarkan secara langsung atau dirakamkan oleh mana-mana media.

"Tiada perbicaraan di mana-mana mahkamah dibenarkan disiarkan secara langsung melalui mana-mana media​​​​​​​ atau dibenarkan untuk dirakamkan," kata kenyataan Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan hari ini.

Sebelum ini ​​​​​​​satu petisyen dalam talian digerakkan rakyat Malaysia dilaporkan dilancar bagi meminta kes perbicaraan Najib disiarkan secara langsung di televisyen.

Semalam, Najib menerusi kenyataan dalam laman Facebooknya berkata, beliau menyokong perbicaraannya disiarkan secara langsung kerana rakyat mempunyai hak untuk tahu kebenaran kesnya itu.

Pada 4 Julai 2018, Najib, 66, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Pada 8 Ogos 2018, Najib didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama daripada dana serupa.

Bagaimanapun, anggota parlimen Pekan itu mengekalkan pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan tersebut.

- Bernama

Lihat Komen
ADS