Anwar kesali tindakan PM terus kekalkan tokoh bermasalah
Terjemahan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rombakan kabinet yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menunjukkan beliau memilih untuk terus "mengikat" dirinya dengan ahli-ahli politik yang bermasalah.
Terjemahan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rombakan kabinet yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menunjukkan beliau memilih untuk terus "mengikat" dirinya dengan ahli-ahli politik yang bermasalah.
" Mengapa mesti mengikat diri sendiri? Anda adalah Perdana Menteri . Anda presiden parti yang mendapat mandat besar dalam pilihanraya,"katanya.
Menurutnya, jelas sekali perlantikan baru dalam rombakan tersebut mengecewakana sebahagian besar rakyat Malaysia yang tertunggu-tunggukan rombakan tersebut selama ini.
"Perdana Menteri telah terlepas peluang keemasan untuk membuktikan kepada rakyat yang dia mahu melakukan perubahan."
"Kita telah mendengar tokoh yang sama dikaitkan dengan pelbagai kontroversi seperti rasuah dan skandal. Perkembangan ini tidak baik bagi keyakinan rakyat dan orang luar terhadap kerajaan serta negara,"katanya dalam sidang akhbar di ibunegara.
Katanya, barisan kabinet baru ini akan menjejaskan kemajuan ekonomi negara kerana para pelabur asing akan menjauhkan diri kerana tidak yakin dengan kerajaan Malaysia.
"Perhatian utama kita ialah langkah membanteras rasuah yang dijanjikan oleh Perdana Mentri. Jika janji itu tidak ditunaikan dan keadaan ekonomi tidak berkembang, negara akan menghadapi masalah nanti," tambah beliau lagi.
Anwar berkata, pengumuman Abdullah itu amat mengecewakan kerana beliau mengambil masa yang lama untuk memilih barisan menteri barunya.
"Saya mengharapkan dia membariskan tokoh-tokoh yang lebih berwibawa setelah mengambil masa yang cukup lama untuk mengumumkannya," ujarnya.
Beliau hairan mengapa Abdullah enggan mengemukakan muka-muka baru yang ada di dalam komponen Barisan Nasional di dalam rombakannya itu.
"Pastinya ada muka-muka baru dan muda yang berkebolehan dalam Umno, MCA dan MIC. Malangnya beliau memilih mengekalkan kabinet yang telah dijangkiti penyakit rasuah dan bermasalah,"tambahnya. Berita asal

