Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Ini bukan masa bergurau', Dr Streram ingatkan Mat Hasan

PRK RANTAU | Calon PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau, Dr S Streram mengingatkan calon BN Mohamad Hasan bahawa tempoh kempen bukan untuk masa bergurau.

"Ini bukan masa untuk bergurau. Ini adalah masa apa yang kami boleh lakukan untuk rakyat.

"Orang seperti Mat Hasan menggunakan perkataan 'mabuk' dalam kempen menunjukkan perbezaaan antara calon professional dan individu yang tidak mempunyai sebarang mesej untuk menyampaikannya, sebaliknya memanggil sebagai 'mabuk'," katanya.

Streram berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mohamad atau juga dikenali sebagai Mat Hasan yang menggelarkan Streram sebagai 'mabuk'.

Mohamad yang juga timbalan presiden Umno sebelum ini berkata beliau hanya bergurau apabila menggunakan istilah 'mabuk' terhadap Streram.

Tambah Streram, tindakan Mohamad itu tidak profesional.

"Sejauh pertimbangan saya, saya tidak akan memaki hamun atau menggunakan perkataan menghina yang merosakkan imej dan maruah seseorang.

"Saya seorang profesional dan saya akan mengekalkan tahap profesionalisme saya," katanya kepada Malaysiakini.

Streram turut mencabar Mohamad yang menjadi Adun Rantau selama 15 tahun untuk menjelaskan rungutan berhubung isu rumah dan kesihatan yang didakwa diterimanya dari pengundi Rantau.

PRK Rantau menyaksikan pertandingan empat penjuru yang melibatkan Streram, Mohamad dan dua calon bebas, R Malar dan Mohd Nor Yasin.

Kerusi itu kosong selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan untuk mengisytiharkan kemenangan Mohamad pada PRU lepas sebagai terbatal.

Hari mengundi akan diadakan pada 13 April.
Lihat Komen
ADS