Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP: Kerana Nurul Izzah pengerusi PAC ditukar
Diterbitkan:  Apr 4, 2019 10:54 AM
Dikemaskini: 2:57 AM

Anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Wong Chen memberi pujian kepada Nurul Izzah Anwar atas penukaran pengerusi jawatankuasa itu yang bakal dibentang di Dewan Rakyat.

Beliau yang juga anggota parlimen Subang berkata, Nurul Izzah menunjukkan prinsipnya apabila meletakkan jawatan daripada PAC kerana bertegas agar jawatankuasa itu dipengerusikan pembangkang.

"Berkenaan perkembangan positif ini, kredit perlu diberikan kepada Nurul Izzah kerana mengambil pendirian berprinsip dengan meletakkan jawatan daripada PAC dua minggu lalu.

"Saya tahu dia mendapat banyak kritikan berikutan tindakannya itu, tapi ia merupakan perkara yang betul untuk dilakukan.

"Saya tak fikir Izzah akan kembali ke PAC tetapi pendiriannya itu mungkin telah membangkitkan Pakatan Harapan (PH) daripada tidur. Ini merupakan kemenangan kecil tetapi positif untuk reformasi parlimen," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nurul Izzah mengambil langkah mengejutkan itu selepa kerajaan memutuskan Kiandee kekal sebagai pengerusi PAC walaupun setelah menyertai Bersatu, yang bertentangan dengan manifesto PRU ke-14 PH untuk melantik pembangkang mengetuai jawatankuasa itu.

Bagaimanapun Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini menunjukkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bakal membentangkan usul menggantikan Kiandee dengan Anggota Parlimen Parit Sulong yang juga Ketua Wanita Umno Noraini Ahmad.

Wong Chen berkata lagi, usul itu akan membantu PH mendapatkan semula kredibilitinya berkaitan janji manifestonya tentang PAC sebagai jawatankuasa yang bebas.

"Apa yang lebih penting, perubahan ini boleh menjadi tanda permulaan pembaharuan seperti yang terkandung dalam manifesto PH, yang kini tertangguh," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS