Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

Pemimpin utama BN mendakwa PH menggunakan kanak-kanak dalam kempen pilihan raya gabungan itu.

Aktivis Badrul Hisham Shaharin, yang juga dikenali sebagai Chegubard, hari ini menyoroti penggunaan kanak-kanak pada acara yang turut menampilkan calon PH Dr S Streram.

Majlis itu dikatakan berlangsung pada hari Rabu lalu.

Gambar yang dikongsi Badrul menunjukkan sekumpulan kanak-kanak di atas pentas bergerak bersama-sama Streram. Kanak-kanak berkenaan memegang kotak pensel warna.

Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkata beliau kesal melihat perkara ini berlaku.

"Saya agak kecewa dengan berita yang saya baca pagi tadi. Ini dari dulu dia buat.

"Kalau kita buat dia kata kita exploit kanak-kanak. Tapi semalam dia gunakan kanak-kanak pula.

"Saya harap benda begini boleh dielakkan. Ini pentas politik waktu PRK. Tak sesuailah kita libatkan kanak-kanak," kata Khairy kepada pemberita.

Calon BN, Mohamad Hasan pada sidang akhbarnya menyentuh isu yang sama bekata hal ini merupakan eksploitasi kanak-kanak, dan berharap Suruhanjaya Pilihan Raya akan meneliti isu berkenaan.

"Guna kanak-kanak tak boleh dan tak sesuai. Eksploitasi kanak-kanak tak sesuai untuk menjadi bahan kempen," katanya.

Bekas perdana menteri Najib Razak pada hantaran di Facebook pula menyelar tindakan tersebut, berkata ia tidak beretika dan melanggar undang-undang.

"Kanak-kanak tak patut digunakan untuk kempen PRK. Lagipun pada waktu malam di atas pentas ceramah.

"Ini bukan sahaja tidak beretika tetapi jelas melanggar undang-undang," katanya.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS