Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Baru sekarang masuk Tesco, Streram sindir 'Bossku'

Calon Pakatan Harapan Dr S Streram di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau menyatakan bahawa beliau tidak mengenali “Bossku” yang dihebah-hebahkan oleh tentera siber BN.

"Siapa Bossku? Saya tidak tahu siapa dia?

“Yang saya tahu bekas perdana menteri yang kini bertalam dua muka,” katanya,

Demikian kata, Streram ketika ditanya mengenai kenyataan Najib Abdul Razak yang menyeru pengundi Rantau supaya mengundi calon BN Mohamad Hasan yang mempunyai pengalaman 14 tahun berkhidmat di DUN Rantau berbanding Streram yang merupakan calon baru.

Najib dalam kempen di Rantau.

Mengulas lanjut, Streram berkata beliau tidak risau dengan kenyataan Najib.

"Saya menegaskan di sini bahawa Najib ini tidak boleh dipercayai. Dia ini bertalam dua muka. Kita tahulah beliau membeli-belah di Tesco selepas kalah di PRU14. Tapi, soalannya kenapa tak pergi ke Tesco sebelum kalah PRU?

“Sebelum itu, dia sering terbang ke seluruh dunia didakwa untuk membeli-belah," katanya kepada Malaysiakini.

"Jadi, inilah Najib yang saya tahu, talam dua muka," tambahnya lagi.

Streram yang juga merupakan seorang pakar bius memberitahu beliau calon lebih cemerlang berbanding Mohamad Hasan.

"Saya tegas saya lebih baik kerana kalau Tok Mat ada pengalaman selama 14 tahun, saya bersama bekas menteri kewangan terbaik di Asia (Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri (Dr Mahathir Mohamad) berpengalaman 23 tahun.

"Jadi, siapa yang hebat di sini?" soal beliau.

Beliau turut bertanya Najib untuk menjawab kenapa Negeri Sembilan jatuh ke tangan PH, sekiranya Tok Mat cemerlang selama 14 tahun takkan nak kalah dengan orang baru PH.

"Mungkin salah pentadbiran Najib atau Tok Mat? Harap Najib menjelaskan kepada pengundi Rantau apakah punca BN jatuh di Negeri Sembilan," sindir Streram lagi.

Lihat Komen
ADS