Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Sekumpulan aktivis hari ini berarak ke parlimen untuk mengingatkan kerajaan mengenai empat kes berprofil tinggi yang dikatakan melibatkan salah laku polis.

Ia dalam usaha untuk menuntut penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah laku Polis (IPCMC).

Empat kejadian tersebut adalah serangan ketua polis negara ketika itu, Abdul Rahim Noor yang menyebabkan mata Anwar Ibrahim lebam pada 1998; pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006; serta dakwaan penculikan pastor Raymond Koh dan aktivis Amri Che Mat masing-masing pada 2017 dan 2016, yang mana Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mendapati ia merupakan kes "kehilangan paksa" yang dilakukan oleh anggota polis.

Anggota Jawatankuasa Pusat PSM, S Arutchelvan memetik empat kes profil tinggi ini sebagai contoh kenapa desakan sekali lagi perlu dikemukakan kepada kerajaan supaya menubuhkan IPCMC.

"Mengimbau kembali (insiden) mata lebam yang melibatkan Anwar. Anwar ditumbuk oleh IGP.

"Bagaimana kamu hendak menyiasat IGP? Polis mana yang hendak menyiasat IGP?

"Begitu juga, bagaimana Altantuya dibunuh oleh anggota UTK," jelasnya.

Arutchelvan (gambar) ketika berpidato di luar bangunan parlimen selepas perarakan 15 minit dari Padang Merbok turut menyentuh dakwaan Suhakam mengenai penglibatan polis Cawangan Khas dalam kes kehilangan paksa Koh dan Amri.

"Sekarang, Suhakam mendakwa polis Cawangan Khas terlibat dalam penculikan (dari Koh dan Amri) ... jadi, jelas kita memerlukan suruhanjaya bebas (IPCMC)," katanya.

Sekitar 50 orang aktivis yang mendesak penubuhan IPCMC serta ahli keluarga mangsa kematian dalam tahanan tiba di parlimen kira-kira jam 11.30 pagi tadi dan disambut oleh para anggota parlimen PH yang mengiringi 10 orang wakil kumpulan tersebut secara rasmi mengemukakan petisyen kepada kerajaan.

Terdahulu, polis trafik bertugas melancarkan lalu lintas ketika perarakan berlangsung, manakala beberapa anggota polis pula kelihatan menjaga keselamatan peserta perhimpunan.

Gesa PH tunai janji

Peguam G Visvanathan, yang mengetuai wakil kumpulan itu untuk menyerahkan memorandum mengalu-alukan solidariti yang ditunjukkan anggota parlimen PH.

"Kami berharap janji-janji kerajaan PH sebelum pilihan raya umum, untuk menubuhkan IPCMC akan ditunaikan, akan dikotakan, dan IPCMC akan menjadi kenyataan di negara ini," kata Visvanathan (foto) yang bercakap bagi pihak Gabungan Tuntut IPCMC , yang disokong oleh kira-kira 50 NGO.

Memorandum itu diterima lima anggota parlimen yang diketuai oleh MP Nibong Tebal Mansoor Othman, yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Pilihan Parlimen Bagi Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri.

MP Petaling Jaya Maria Chin Abdullah memberitahu pemberita di luar parlimen beliau akan membawa tuntutan kumpulan itu kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim, yang merupakan pengerusi kaukus jawatankuasa mengenai reformasi dan tadbir urus.

Sesi parlimen kali ini bakal berakhir kurang satu minggu lagi, lantaran itu Maria mengakui tuntutan tersebut kemungkinan besar akan ditangani hanya dalam sidang seterusnya, yang akan bermula pada 1 Julai akan datang.

"Kerajaan PH akan memenuhi janji untuk menubuhkan IPCMC," kata Maria.

Antara lain, memorandum kumpulan itu mendakwa terdapat 257 kes kematian dalam tahanan antara tahun 2002 dan 2016, dengan banyak lagi kes kemungkinan besar tidak dilaporkan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS