Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Putrajaya bentang RUU levi perjalanan ke luar negara

PARLIMEN | Putrajaya telah membentangkan Rang Undang-undang (RUU) baru untuk mengutip bayaran levi daripada seseorang yang mahu melakukan perjalanan ke luar negara.

RUU Levi Pelepasan dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan Amiruddin Hamzah hari ini dan dijadualkan untuk bacaan kedua sewaktu sesi Dewan Rakyat yang sedang bersidang yang akan berakhir 11 April ini.

"RUU itu memperuntukkan pelaksanaan levi pelepasan kepada setiap orang yang ke luar Malaysia," kata RUU tersebut.

Ia juga menyatakan menteri kewangan memiliki bidang kuasa untuk menetapkan kadar levi.

Dilaporkan kerajaan mencadangkan untuk mengenakan bayaran levi sebanyak RM20 kepada orang yang melakukan perjalanan ke negara Asean dan RM40 ke negara bukan Asean.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS