Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Fitnah Anwar cuba ambil kesempatan di Johor'
Diterbitkan:  Apr 8, 2019 7:29 PM
Dikemaskini: 11:32 AM

PKR menyifatkan dakwaan presidennya Anwar Ibrahim boleh mengambil kesempatan dalam spekulasi kedudukan menteri besar Johor sebagai fitnah.

“Saya kesal rencana ini umpama satu usaha licik untuk mengadu domba dan melaga-lagakan pimpinan utama Pakatan Harapan.

“Untuk mendakwa YB DS Anwar Ibrahim ‘menangguk di air keruh’ berkaitan isu menteri besar Johor adalah satu fitnah semata-mata,” kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

Fahmi mengulas tulisan pembaca Malaysiakini bertajuk “Johor tersepit antara Mahathir dan Anwar” hari ini.

Dalam tulisannya hari ini, Abdullah Fahmin yang memperkenalkan diri sebagai anak jati Johor antaranya membuat spekulasi Menteri Besar Johor Osman Sapian mungkin terkorban di tengah-tengah percaturan elit politik.

Dakwanya, Anwar boleh menangguk di air keruh dan adegan “cium tangan istana ini mungkin akan memberi laba politik kepada beliau”.

“Pergelutan politik ini dilihat bukanlah antara calon antara parti untuk jawatan MB Johor, tetapi antara percaturan dan pengaruh Mahathir, Anwar dan istana,” tulis Abdullah.

Dalam kenyataan hari ini, anggota parlimen Lembah Pantai berkata Anwar telah menyampaikan sokongannya kepada pemimpin kanan bersatu bahawa dalam isu menteri besar Johor.

Sokongan itu disampaikan sendiri minggu lalu kepada Mahahtir dan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Lihat Komen
ADS