Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bayar peguam saja, yang lain tak tahu – bendahari PAS

Bendahari PAS Razman Zakaria memaklumkan beliau tidak tahu menahu berkaitan bayaran penyelesaian saman RM1.4 juta antara Presiden PAS Abdul Hadi Awang dengan Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.

Razman yang bertanggungjawab dalam urusan kewangan PAS juga mengesahkan tidak ada transaksi dibuat setakat ini kepada pihak yang terlibat.

"Saya tidak apa-apa maklumat langsung, tidak ada akaun tersebut, tidak ada duit dan tidak ada apa-apa transaksi untuk Clare atau Sarawak Report.

"Yang ada, cuma pembayaran kepada peguam sebelum-sebelum ini sahaja, selebihnya kita tidak tahu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Razman berkata demikian ketika diminta mengulas bayaran penyelesaian saman RM1.4 juta kepada Rewcastle-Brown baru-baru ini.

Sumber yang dekat dengan Rameli memberitahu Malaysiakini bahawa Hadi pada awalnya memang tidak tahu menahu berkaitan bayaran penyelesaian saman itu.

Semua urusan, dari awal perbincangan hanya dijalankan oleh lima individu berpengaruh dalam PAS yang menggunakan Rameli sebagai orang tengah, menurut sumber lagi.

Sumber tersebut menegaskan wang RM1.4 juta itu sebenarnya cuma dipinjamkan dan sepatutnya dibayar semula dua hari selepas diserahkan kepada Rewcastle-Brown, iaitu pada 2 Februari.

Hadi dan pemimpin-pemimpin PAS setakat ini menafikan terdapat bayaran dibuat untuk menyelesaikan saman di mahkamah United Kingdom (UK) itu.

Ini bertentangan dengan laporan Sarawak Report enam hari sebelum itu yang mengesahkan bayaran dibuat dan mendedahkan dokumen penyelesaian dan salinan cek.

Lihat Komen
ADS