Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Empat parti komponen PH di Johor bersetuju menteri besar yang baru perlu dilantik daripada kalangan Adun Bersatu.

Hal ini diputuskan ketika mesyuarat di kediaman Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur.

Menurut sumber yang mengetahui hal tersebut, keputusan dibuat sebulat suara.

"Demi kepentingan kestabilan PH, muafakat dicapai untuk mengekalkan calon daripada Bersatu.

"Bagaimanapun, Tuanku belum memberi maklum balas terhadap surat perletakan jawatan itu. Kami perlu menunggu baginda pulang (dari luar negara)," katanya.

Dalam mesyuarat itu, PH Johor telah menyenarai pendek empat Adun yang disebut-sebut bakal mengisi jawatan tersebut:

  • Dr Shahruddin Jamal (Bukit Kepong)
  • Mazlan Bujang (Puteri Wangsa)
  • Mohd Izhar Ahmad (Larkin)
  • Mohd Solihan Badri (Tenang)

Pemimpin-pemimpin Bersatu dari Bahagian Johor dijangka mempertimbangkan perkara itu bersama kempimpinan parti mereka hari ini.

Minggu lalu, Osman Sapian telah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai menteri besar ke Istana Johor.

Osman berkata beliau hanya akan menjelaskan tindakannya meletakkan jawatan sebagai menteri besar Johor pada Sabtu ini.

Bersatu Johor ketika ini mempunyai 11 Adun dalam 56 kerusi DUN. 

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS