Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar 'kecil hati asyik jadi isteri' iringi TPM
Diterbitkan:  Apr 11, 2019 2:58 PM
Dikemaskini: 6:58 AM

PRK RANTAU | Presiden PKR Anwar Ibrahim berjenaka bahawa beliau berasa kecil hati kerana asyik mengiringi isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Berkongsikan pengalaman beliau dengan Dr Wan Azizah dimajlis-majlis kerajaan, dimana Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata bahawa asyik mengiringi Dr Wan Azizah.

"Dia sibuk kerja TPM. Sekarang 'boss' saya. Kalau jalan ke majlis, orang panggil ketibaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah diiringi Anwar Ibrahim. Sampai Agong pun tersenyum," kongsi pengalaman beliau kepada penduduk Kampung Solok di Rantau dalam satu ceramah, semalam.

Anwar juga merajuk dengan Dr Rais Yatim yang turut hadir ke majlis tersebut selepas tergelak dengan pengalaman Anwar.

"You tak rasa, kamu gelak Rais, kamu belum rasa, belum kena lagi," guraunya lagi.

'Hidup hina sepanjang zaman'

Beliau turut kongsi satu lagi insiden di parlimen baru-baru ini, di majlis santapan Raja-Raja.

"Masa buka parlimen, dia (pengacara majlis santapan tersebut) umum Agong ada di situ, makna perdana menteri ambil tempat dulu. Dia umum Yang Amat Berhomat Perdana Menteri dan isterinya Tun (Siti) Hasmah akan meninggalkan masuk parlimen.

"Lepas itu, dia umum YB Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah dan isterinya Anwar Ibrahim. Saya ini hidup hinalah sepanjang zaman. Agong dan permaisuri pun tergelak. 

"Saya kata Tuanku, patik dah biasa dah. Nasib baik pengumuman itu dalam lingkungan santapan Diraja dalam 50 orang, kalau di parlimen begitu, tak malukah saya?" Seloroh Anwar.

Bagaimanapun, Anwar berkata beliau sebenarnya merasa amat bangga dengan Dr Wan Azizah.

"Nasib baik saya kahwin Wan Azizah. Seorang wanita yang memahami erti perjuangan demi negara ini," katanya kepada lebih 300 hadirin menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau.

PRK Rantau menyaksikan pertandingan empat penjuru yang melibatkan calon BN Mohamad Hasan, calon Pakatan Harapan Dr S Streram dan dua calon bebas, R Malar dan Mohd Nor Yasin. 

 

Lihat Komen
ADS