Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), menggantikan Ronald Kiandee yang kini menyertai Bersatu.

Ketua Wanita Umno itu dilantik selepas usul tersebut diluluskan tanpa bahas di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau dilantik selepas kritikan dan protes daripada orang ramai dan wakil rakyat, memandangkan Kiandee yang merupakan ahli Parlimen Beluran itu menyertai Bersatu pada 15 Mac.

Dalam manifesto Pakatan Harapan telah berjanji supaya jawatan tersebut disandang oleh wakil rakyat dari pembangkang.

Ia merupakan usul keempat yang diletakkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong.

Noraini merupakan ahli PAC pada Ogos 2018, menggantikan bekas pengerusi jawatankuasa itu, Hasan Arifin.

Dia turut dinamakan oleh wakil rakyat BN sebagai pengerusi baharu PAC.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini bertegas untuk mengekalkan Kiandee sebagai pengerusi tetapi akhirnya mengalah apabila pemimpin di kalangan parti gabungannya menggesa beliau mematuhi manifesto PH sebelum ini.

Pada 22 Mac, Nurul Izzah Anwar (PH- Permatang Pauh) mengambil keputusan meninggalkan PAC, selepas Kiandee dikekalkan memegang jawatan pengerusi PAC.

Nurul tegas dengan pendiriannya bahawa PAC perlu diketuai oleh anggota Parlimen daripada blok pembangkang, seiring dengan janji manifesto PH pada PRU-14 yang menetapkan pengerusi PAC Parlimen mesti dipilih daripada kalangan anggota Parlimen pembangkang.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS