PAS kurung Adun menjelang sidang DUN esok
Terjemahan PAS mengeluarkan arahan "perintah berkurung" ke atas semua 21 ahli dewan undangan negeri (Adun) nya menjelang persidangan dewan undangan negeri (DUN) Kelantan esok.
Terjemahan PAS mengeluarkan arahan "perintah berkurung" ke atas semua 21 ahli dewan undangan negeri (Adun) nya menjelang persidangan dewan undangan negeri (DUN) Kelantan esok.
Semua mereka diarahkan "berkurang" di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat selama dua hari.
Persidangan DUN selama dua hari itu adalah yang pertama sejak pilihanraya kecil DUN Pengkalan Pasir pada 6 Disember lalu.
PAS kini hanya mempunyai majoriti satu kerusi sahaja selepas tewas dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir. PAS menguasai 23 kerusi dan Umno 21 kerusi.
Ahli Exco kerajaan negeri, Takiyuddin Hassan memberitahu malaysiakini perintah "kuarantin" itu dikeluarkan bagi memastikan semua Adun PAS menghadiri sidang dua hari itu.
"Ini bukan kali pertama tindakan seperti ini dilakukan. Kami pernah melakukannya dahulu tetapi tidaklah pada setiap persidangan," jelas Takiyuddin.
Kali terakhir PAS berbuat demikian ialah pada malam pengiraan undi pilihanraya umum 2004 di mana pada ketika itu PAS dan Barisan Nasional (BN) masing-masing memenangi 20 dari 45 kerusi yang dipertandingkan.
Pada ketika itu PAS "mengurung" semua calonnya di ibupejabat parti itu di Kota Bharu menjelang pengiraan semula dan keputusan rasmi diumumkan pada keesokan harinya bagi mengelakkan calon-calonnya "dibeli" oleh BN.
Takiyuddin berkat, kehadiran penuh wakil rakyat PAS amat penting bagi memastikan dua daripada empat rang undang-undang penting yang dibentang esok diluluskan.
Rang undang-undang berkenaan ialah rang undang-undang pembangunan bandar baru dan rang undang-undang ladang rakyat. PAS menjangkakan anggota pembangkang (BN) akan menentang cadangan meluluskan rang undang-undang tersebut.
Takiyuddin berkata, semua Adun PAS diarahkan duduk bersama untuk menghadiri mesyuarat sebelum persidangan yang lazimnya diadakan sebelum persidangan sebenarnya bermula.
Mesyuarat sebelum persidangan itu akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, Ahmad Yaacob.
Takiyuddin menekankan, "perintah berkurung" itu tidak bertujuan menghalang manamana wakil rakyat PAS melompat parti tetapi untuk menjamin perjalanan persidangan yang lancar. Berita asal

