Paling Popular
Terkini

Minggu lalu satu laporan media mendakwa Jho Low - yang dikehendaki pihak berkuasa beberapa negara kerana skandal 1MDB - berada di China dan bergerak bebas di situ.

Bagaimanapun Duta China di Malaysia Bai Tian menjelaskan beliau tidak tahu mengenai kedudukan ahli perniagaan kontroversi kelahiran Pulau Pinang itu.

"Saya tak tahu jika Jho Low berada di China," katanya kepada media dalam temu bual di Kuala Lumpur petang ini.

Menganggap isu keberadaan Jho Low - atau nama sebenarnya Low Taek Jho - sebagai "soalan lama" yang dibangkitkan berkali-kali, Bai berkata Putrajaya ada meminta bantuan Beijing untuk mengesan buruan berkenaan.

"Ini adalah soalan lama yang ditanyakan kepada kami banyak kali," katanya.

Menurut Bai pihak berkuasa China melakukan pencarian teliti untuk mengesan Jho Low berdasarkan maklumat diberikan Malaysia.

Namun katanya polis China gagal mengetahui kedudukan Jho Low sehingga kini.

Katanya jika Putrajaya memberikan maklumat baru mengenai Jho Low, China sedia menjalankan usaha mengesannya sekali lagi.

Minggu lalu Sin Chew Daily melaporkan Jho Low dipercayai berkunjung ke Hainan, Makau, Shanghai dan Shenzen.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS