Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Cuti tanpa rekod kepada penjawat awam Kristian sempena Good Friday
Diterbitkan:  Apr 18, 2019 4:16 PM
Dikemaskini: 8:16 AM

Menjelang Perayaan Good Friday esok, penjawat awam beragama Kristian akan diberikan cuti tanpa rekod, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Borhan Dolah.

"Kerajaan telah bersetuju untuk pegawai perkhidmatan awam yang menganut agama Kristian diberikan kemudahan cuti tanpa rekod selama satu hari sempena perayaan Good Friday mulai tahun 2019," menurut surat yang ditandatangani Borhan.

Surat pekeliling bertarikh 17 April, dimuat naik di halaman Facebook rasmi JPA, petang ini.

Ia ditujukan kepada kementerian kerajaan, kerajaan negeri, badan berkanun kerajaan serta kerajaan tempatan.

Kemudahan cuti tanpa rekod itu dikecualikan bagi pegawai perkhidmatan awam di negeri-negeri yang perayaan Good Friday merupakan kelepasan am.

Masyarakat Kristian akan merayakan Good Friday pada Jumaat, esok.

Good Friday disambut bagi memperingati hari Jesus disalib.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS