Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
NGO 'terkejut, terganggu' penambakan selatan P Pinang diluluskan

Sejumlah dua NGO "terkejut dan terganggu" dengan perkembangan Penambakan Pulau Pinang Selatan (PSR) yang mendapat kelulusan kerajaan persekutuan.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) berkata kelulusan itu disertakan dengan 18 nasihat kepada kerajaan negeri.

"Kami tidak tahu bagaimana PSR boleh diluluskan apabila ada kebimbangan besar berkenaan kewangan, sosial dan alam sekitar, termasuk kesannya terhadap kehidupan nelayan tempatan yang akan terjejas ekoran projek itu," kata SM Mohamed Idris yang memimpin dua NGO itu.

"Kami mahu 18 nasihat itu didedahkan kepada umum agar orang awam dapat memahami apakah syarat untuk kelulusan yang dikenakan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN)," katanya dalam kenyataan kepada Malaysiakini.

Beliau merujuk pengumuman Ketua Menteri Chow Kon Yeow semalam berkenaan kelulusan yang diberi MPFN.

Ketika ditanya, Chow berkata beliau akan menjelaskan 18 nasihat itu dalam sidang media esok.

'Lebih mahal' dari ECRL

PSR melibatkan pembinaan tiga pulau buatan di bahagian selatan pulau itu dan dijangka menjejaskan kehidupan ratusan nelayan.

Projek akan dibangunkan untuk mendanai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang bernilai RM46 bilion, yang merangkumi terowong dasar laut (menghubungkan pulau dengan Butterworth) dan lebuh raya Pan Island Link 1 (PIL1).

Mohamed Idris berkata beliau tidak dapat memahami bagaimana PSR boleh diluluskan memandangkan kos penambakan dan PTMP sangat besar, jika dibandingkan dengan projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

Katanya, PIL1 yang merupakan sebahagian daripada PTMP akan menelan belanja RM400 juta per kilometer berbanding ECRL yang berkos RM68 juta per kilometer.

"Kos besar untuk PSR dan PTMP, yang berjumlah RM46 bilion, sukar dijelaskan dan mengejutkan... Bagaimana kelulusan boleh diberi di sebalik semua ini sangat membingungkan."

Aktivis veteran itu berkata masyarakat sivil dan NGO telah membangkitkan kerisauan asas berkenaan projek itu tetapi "tidak tahu bagaimana ia ditanggapi" pihak bertanggungjawab.

Lihat Komen
ADS