Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kereta pengarah JSJ Narkotik Bukit Aman dicuri
Diterbitkan:  Apr 18, 2019 6:41 PM
Dikemaskini: 10:41 AM

Sebuah kenderaan pasukan polis yang digunakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh dilapor hilang, dipercayai dicuri di sebuah restoran di Sungai Ramal, Kajang dekat Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata kehilangan kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna hitam yang diletakkan di tempat letak kereta itu disedari pemandu berusia 31 tahun kira-kira 8 malam.

"Pemandu yang selesai menyelenggara kenderaan pasukan dalam perjalanan menuju ke Negeri Sembilan dan berhenti singgah di restoran itu pukul 7 malam untuk makan.

"Selesai makan kira-kira satu jam kemudian, pemandu berkenaan menyedari kereta Toyota Vellfire itu telah hilang dipercayai dicuri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Azam berkata pemandu berkenaan juga kehilangan barang seperti dompet, kad kuasa serta beberapa barang lain yang ditinggalkan di dalam kenderaan itu.

"Usaha mengesan kenderaan itu sedang dilakukan," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS