Nazri mahu pinda Perlembagaan Persekutuan
Terjemahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz berhadapan dengan satu cabaran besar - beliau bercadang meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan kes pertukaran agama didengar di mahkamah sivil.
Terjemahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz berhadapan dengan satu cabaran besar - beliau bercadang meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan kes pertukaran agama didengar di mahkamah sivil.
Beliau yang bertanggungjawab terhadap potfolio undang-undang dan parlimen berkata, mahkamah sivil wajar diberikan kuasa untuk mendengar kes pertukaran agama dari bukan Islam kepada Islam.
Ketika kontroversi artikel 121 (1A) berlaku pada hujung tahun lalu ekoran kes pengkebumian Wira Everest, M. Moorthy sebagai penganut Islam, Perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menegaskan undang-undang tersebut tidak akan dipinda.
Jelasnya untuk membolehkan itu berlaku, Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda tanpa membabitkan pindaan pada artikel 121 (1A).
"Artikel 121 dikekalkan. Kita boleh draf semula ayatnya dengan mengatakan mahkamah sivil tidak mempunyai kuasa mengkaji semula keputusan mahkamah syariah dengan menambah dihujungnya '..kecuali bagi kes pertukaran agama dari bukan Islam kepada Islam....."
"Kita perlu perjelaskan perkara ini sebab sekarang ini orang ramai menuduh haklim mahkamah sivil tidak berani mendengar kes-kes berkaitan," kata Nazri dalam wawancara akhbarnya yang pertama sejak dilantik ke jawatan barunya minggu lalu.
Wawancara selama 60 minit itu tersebut berlangsung di pejabatnya di bangunan Parlimen di ibunegara. semalam.
Undang-undang dan Parlimen
Nazri mengambilalih potfolio tersebut daripada Datuk Radzi Sheikh Ahmad yang ditukarkan ke Kementerian Dalam Negeri.
Tokoh politik yang juga seorang peguam itu berkata, Perdana Menteri mengambil langkah tepat apabila meletakkan potfolio Parlimen dan undang-undang di bawah menteri yang sama kerana ia akan mempercepatkan dan memudahkan kerja dan tindakan kerana urusan perundangan berkait rapat dengan Parlimen.
Sebelum rombakan kabinet dibuat potfolio Parlimen terletak di bawah seliaan Nazri manakala urusan undang-undang dibawah jagaan Radzi.
Nazri juga memberitahu, sejak dilantik ke tugas barunya, dia telah dan akan mengadakan perjumpaan dengan pihak-pihak tertinggi perundangan negara ini untuk mendapatkan maklum balas.
Beliau telahpun menemui Ketua Hakim Negara, Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim Isnin lalu dan mengadakan dialog dengan Majlis Peguam petang ini.
Nazri juga akan mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara, Datuk Abdul Ghani Patail minggu depan.
Beliau menganggap dirinya sebagai "penyelia" untuk mengawasi dan menyelia urusan berhubung hakim, peguam dan pendakwaan.
Beberapa perkara dijangka akan dibangkitkan dalam pertemuan Nazri dengan Majlis Peguam hari ini termasuk usaha meminda syarat jumlah kuorum bagi mengendalikan mesyuarat agung tahunan majlis tersebut dan usaha membatalkan seksyen 46A Akta Profesyen Guaman.
Perlembagaan majlis tersebut ketika ini menetapkan kuorum mesyuarat agung tahunannya sekurang-kurangnya mesti dihadiri oleh satu perlima ahli Majlis Peguam.
Nazri sebelum ini tidak bersetuju dengan syarat kuorum dan penguatkuasaan seksyen 46A akta berkenaan yang antara lain menghalang ahli politik dan peguam-peguam muda yang tidak memepunyai pengalaman lebih 7 tahun daripada bertanding dalam pilihanraya Majlis Peguam.
"Sekarang ini terpulang kepada saya. Dulu saya hanya bertanggungjawab terhadap urusan Parliamen dan tidak boleh campurtangan dalam proses pengubalannya. Sekarang saya mempunyai bidang kuasa untuk mempercepatkan pengubalan dan pembentangannya," jelasnya.
Menteri itu mendakwa terdapat kalangan tertentu dalam Majlis Peguam yang bimbang untuk berdialog dengannya dan beliau menyifatkan mereka sebagai mempunyai agenda politik dan peribadi serta tidak ikhlas memperjuangkan kepentingan profesyen guaman.
Dialog dan ISA
"Jika tidak mahu bercakap dengan saya, jangan hadir, saya datang secara aman, dengan tujuan baik. Jika mereka menganggap saya seorang yang tidka boleh dipercayai kerana saya mewakili kerajaan, lebih jangan datang," ujar Nazri.
Dialog dengan Majlis Peguam hari ini adalah yang kali kedua bagi Nazri. Dialog yang pertama berlangsung pada Februari tahuin lepas di mana hanya sebilangan kecil daripada 12,000 ahli Majlis Peguam menghadirinya.
Meneyentuh tentang Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA), beliau menegaskan undang-undang tersebut tidak akan dipinda kecuali beliau mendpaoat arahan daripada Perdana Menteri atau kabinet.
Beliau mengulas kenyataan syor " bekas menteri undang-undang" Datuk Seri Dr Rais Yatim pada tahun 2003 yang mahu ISA dipinda bagi menjadikannya lebih berperikemanusian.
" Saya menyokong ISA, oleh itu saya tidak akan mengambil langkah-langkah untuk memindanya kecuali ada usaha dari pihak lain yang akhirnya direrstui oleh kabinet," ujarnya.
Nazri juga mempertahankan keputusan jawatankuasa atau whip Parlimen yang diketuai oleh Datuk Seri Najibl Razak untuk tidak menguatkuasa semula Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA) 1963.
Keputusan whip Parlimen itu bertentangan dengan keputusan awal kerajaan yang memutuskan untuk menguatkuasa semula akta tersebut.
Penguatkuasaan semula akta berkenaan bertujuan utnuk mengekalkan dan melindungi kebebasan Parlimen.
Menurut Nazri, Najib menolak untuk menguatkuasa semuala akta tersbeut kerana tidak terdapat alasan-alasan munasabah bagi melaksanakannya. Berita asal

