Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Adun Kerdau terlantar di hospital lebih seminggu

Adun Kerdau Syed Ibrahim Syed Ahmad terlantar di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah hampir seminggu sejak 13 April lalu berikutan jangkitan kuman di organ hatinya.

Bagaimanapun, menurut ibu saudaranya Sharifah Rofiah Syed Hassan, keadaan exco hal ehwal agama islam, pelajaran dan kesihatan Pahang itu beransur pulih.

“Semakin baik. Pagi tadi ada perubahan sebab kita pun semua buat doa, sembahyang hajat kat Mekah, Yaman. Saudara-mara semua buat. Harapkan doa dan kuasa Tuhan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Sharifah Rofiah berkata, sehari selepas Syed Ibrahim dimasukkan ke hospital, beliau dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Katanya, Syed Ibrahim muntah-muntah setiap 15 minit dan mengadu 'bisa' di seluruh badan sebelum dimasukkan ke hospital.

Namun, dia berkata punca jangkitan tersebut belum dapat dikenalpasti.

Katanya lagi, pihak keluarga sedang berbincang dengan doktor untuk memindahkannya ke Pusat Rawatan Prince Court di Kuala Lumpur, untuk mendapatkan rawatan pakar yang lebih baik. 

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS