Paling Popular
Terkini

Susanna yang merupakan isteri kepada paderi Raymond Koh pagi ini menghantar salinan laporan Suhakam berhubung kehilangan suaminya kepada Persekutuan Kristian Malaysia (CFM).

Susanna berkata dia memilih sehari sebelum Hari Easter bertemu CFM dengan harapan keajaiban berlaku untuk mengakhiri penderitaan keluarganya berhubung kehilangan suaminya itu.

"Saya fikir ia hari yang bertuah kerana kita meraikan Easter, dan semalam hari Jumaat Agung.

"Kami berharap apa juga kesukaran akan segera berlalu. Saya harap kami akan dapat berita baik, dan orang yang hilang segera dibebaskan terutamanya Raymond Koh.

"Kami sangat berharap dia dan yang lain akan dibebaskan, dan keluarga masing-masing akan mendapat berita baik, sekurang-kurangnya kami ada pengakhiran," katanya pada sidang media di Majlis Gereja di Petaling Jaya pagi tadi.

Terdahulu dalam sidang media itu, Susanna menyerahkan laporan Suhakam kepada pengerusi CFM, Julian Low.

Diiringi anak lelaki dan anak perempuannya, Susanna berjumpa dengan CFM untuk mendapatkan bantuan bagi menggesa kerajaan mengambil tindakan berhubung laporan Suhakam yang mengatakan kehilangan suaminya dan Amri Che Mat adalah "kehilangan paksa".

Dua tahun lalu, negara dikejutkan dengan rakaman litar tertutup yang memaparkan Koh diculik oleh sekumpulan individu bertopeng pada siang hari. Kejadian itu berlaku di Petaling Jaya, Selangor pada 13 Feb 2017.

Dalam inkuiri kes Amri, saksi berkata aktivis sosial itu dipantau sebelum diculik di Kangar, Perlis sekitar tengah malam pada 24 Nov 2016.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS