Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dr M: Sultan Johor tak pengaruhi lantikan exco baru

Sultan Johor tidak mempunyai pengaruh dalam rombakan majlis exco negeri, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Ditanya pemberita di Putrajaya pagi ini sama ada pelantikan barisan baru majlis exco itu dipengaruhi pihak istana, Dr Mahathir berkata: "Sultan Johor tak ada pengaruh".

Dr Mahathir juga berkata pelantikan berkenaan merupakan keputusan PH Johor.

Seramai 10 ahli exco kerajaan negeri Johor mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene di Johor Bharu, hari ini.

Barisan baru exco itu menyaksikan dua muka baru menggantikan Adun Puteri Wangsa Mazlan Bujang dan Adun Skudai Tan Hong Pin.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan dengan memetik sumber bahawa kedua kedua-duanya tidak disenangi istana.

Ahad lalu, Dr Sahruddin Jamal mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-17 menggantikan Osman Sapian yang meletak jawatan 8 April lalu.

Sehari sebelum itu, Osman memaklumkan bahawa Sultan Johor Sultan Ibrahim menetapkan syarat supaya menteri besar Johor yang baharu membuat rombakan kepada barisan exco kerajaan negeri.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS