Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Saya pilih exco yang saya selesa kerja’
Diterbitkan:  Apr 22, 2019 1:20 PM
Dikemaskini: 7:26 AM

Menteri besar baru Johor Dr Sahruddin Jamal menjelaskan barisan exco baru negeri itu dipilih berdasarkan keserasian gandingan.

“Seperti saya pernah cakap lepas, bahawa saya akan mencari dan mengenal pasti exco-exco yang saya selesa bekerja dengan mereka kerana kita bekerja untuk rakyat,” katanya.

Sahruddin berkata demikian ketika ditanya sebab anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bersatu Mazlan Bujang dan Adun DAP Tan Hong Pin digugurkan daripada kabinet beliau.

Dalam sidang media di Nusajaya hari ini, Sahruddin juga mengucapkan terima kasih kepada Tan dan Mazlan atas sumbangan selama menjawat jawatan itu.

Menteri turut membuat penyusunan semula portfolio terhadap exco-exco, seperti berikut:

Sahruddin Jamal
Hasil bumi, pentadbiran, kewangan, perancangan dan pembangunan ekonomi

Aminolhuda Hassan
Pendidikan, sumber manusia, sains dan teknologi

Dzulkefly Ahmad
Perumahan, komunikasi dan multimedia

Liow Cai Tung
Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Jimmy Puah Wee Tse
Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan Dan Ultiliti

Khuzzan Abu Bakar
Kesihatan, kebudayaan dan warisan

Ramakrishnan Suppiah
Perpaduan, perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna

Sheikh Umar Bagharib Ali
Belia, sukan, pembangunan usahawan dan koperasi

Tosrin Jarvanthi
Hal ehwal agama islam, pertanian dan pembangunan luar bandar

Tan Chen Choon
Kerajaan tempatan, kesejahteraan bandar dan alam sekitar

Solihan Badri
Kerja raya, pengangkutan dan infrastruktur

Lihat Komen
ADS