Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Isu audio kritik MB taktik pecah dan perintah’
Diterbitkan:  Apr 22, 2019 2:07 PM
Dikemaskini: 6:07 AM

Balasan exco kerajaan negeri Perak menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu.

Exco Kanan Kerajaan Perak, Asmuni Awi berkata susulan isu rakaman audio yang tersebar baru-baru ini mengenai khabar angin yang mengatakan ketiadaan sokongan terhadap menteri besar, adalah satu perbuatan dan propaganda ‘pecah dan perintah’.

"Isu ini sebenarnya menambahkan perpaduan kami dan menguatkan lagi hubungan kami sebagai sebuah keluarga demi kepentingan rakyat Perak khasnya.

"Bagi menjawab semua keraguan tersebut kami dengan ini menzahirkan sokongan penuh tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan menteri besar sebagai ketua dan pemimpin PH Perak," katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Malah tambah Asmuni, bukan sahaja barisan exco, bahkan semua Adun PH serta kepimpinan parti masing-masing berdiri teguh dan memberikan sokongan padu kami terhadap kepimpinan Ahmad Faizal.

"Justeru, kami berjanji kepada rakyat negeri Perak untuk meletakkan agenda rakyat sebagai keutamaan demi memastikan peningkatan taraf ekonomi dan kesejahteraan rakyat negeri Perak seluruhnya," katanya yang juga exco agama dan pendidikan Islam, luar bandar dan pembangunan usahawan.

Lihat Komen
ADS