Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$103.5 bilion
Diterbitkan:  Apr 22, 2019 3:53 PM
Dikemaskini: 7:55 AM

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat kepada AS$103.5 bilion pada 15 April 2019 daripada AS$103 bilion pada 29 Mac, 2019.

Dalam kenyataan, bank pusat itu berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.7 bulan import tertangguh dan 1.0 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa pada 15 April terdiri daripada rizab mata wang asing sebanyak AS$97.3 bilion, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.1 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$1.6 bilion), dan lain-lain aset rizab (S$2.4 bilion).

Katanya aset termasuk emas, pertukaran asing serta rizab-rizab lain termasuk SDR iaitu sebanyak RM422.27 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM2.28 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM402.62 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM7.16 bilion), tanah dan bangunan (RM4.17 billon), dan aset-aset lain (RM16.44 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM132.29 bilion), mata wang dalam edaran (RM107.12 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM163.18 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM19.92 bilion), deposit lain (RM625.76 juta), kertas Bank Negara (RM20.18 bilion), peruntukan SDR (RM7.61 bilion), dan liabiliti lain (RM1.66 bilion).

- Bernama

Lihat Komen
ADS