Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Bukan sabotaj tapi terbiasa dengan wawasan, budaya BN’

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad hari ini menafikan dakwaan bahawa penjawat awam mensabotaj kerajaan Pakatan Harapan.

Sebaliknya, beliau berkata penjawat awam tidak memahami dan menghayati wawasan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) kerana “terbiasa” dengan kaedah wawasan dengan budaya kerja yang di bawah kerajaan Umno-BN sebelum ini.

“Mereka (kakitangan awam) dah biasa (dengan) kaedah wawasan dengan budaya kerja di bawah Umno-BN selama ini.

“Ada beberapa keputusan dia orang (mereka) mahu buat (sendiri) tetapi dia tak berani buat. Dia (mereka) nak tunggu menteri buat keputusan,” katanya semasa sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Khalid berkata ini adalah akibat tindakan ahli politik yang campur tangan dengan hal profesional dalam perkhidmatan awam.

Beliau berkata, sepatutnya, ahli politik hanya perlu menentukan wawasan dan hala tuju dasar awam, dan membiarkan perkhidmatan awam melaksanakannya.

“Benda ini tak boleh paksa. Ini akan memakan masa,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS