Gergasi perbankan Switzerland, UBS cawangan Singapura kekal positit terhadap prospek ekonomi Malaysia dalam jangka masa panjang dan pertumbuhan Keluaran Negara Kasar (KNK) bagi 2020 dianggarkan pada kadar antara 4.6 ke 5 peratus.

Pada suatu kenyataan hari ini, Union Bank of Switzerland cawangan Singapura berkata semakin baik ekonomi China, maka semakin meningkat eksport Malaysia.

"Kami juga telah menaik taraf jangkaan ringgit (berbanding dolar AS) untuk tempoh 3, 6 dan 12 bulan kepada RM4.05 daripada RM4.15 sebelum ini," kata Pengurus Komunikasi Korporat UBS Adeline Lee.

Bagi prestasi pasaran saham Malaysia, Lee menjelaskan pasaran saham negara kekal bertahan di tengah-tengah ketidaktentuan pasaran global.

"Apabila pasaran ekuiti global semakin baik hasil daripada kitaran ekonomi yang sampai ke penghujungnya, sebuah pasaran yang bertahan seperti Malaysia akan lebih menarik untuk peluang pelaburan," kata Lee.

Penjelasan daripada Lee ini merupakan sebahagian daripada sebaran akhbar UBS bagi memperbetul kesilapan penilaian Tay mengenai ekonomi Malaysia pada wawancara bersama Bloomberg.

Penilaian suram Tay menjadi topik hangat perbualan politik di Malaysia kerana pengkritik menggunakan kenyataan Tay untuk menggambarkan kerajaan PH tidak berkesan dalam mengendalikan ekonomi.

Bagaimanapun, beberapa pegawai kerajaan mempertikaikan penilaian Tay dan memaklumkan beberapa kesilapan, seperti dakwaan Malaysia mempunyai defisit akaun semasa dan 30 peratus daripada KNK bergantung kepada industri bahan api fosil.

[Baca berita penuh]