Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
CEO, jurugambar M'kini menang Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2018

Jurugambar Malaysiakini Muhammad Azneal Ishak menang hadiah saguhati kategori foto esei cemerlang dalam Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2018, malam ini.

Azneal, 27, memenangi hadiah itu menerusi esei foto ketika menyertai misi kemanusiaan di Palu, Indonesia, pada 28 Oktober lalu.

Esei foto itu bertajuk 'Setelah dua bulan berlalu di Palu'. Dia membawa pulang wang tunai RM1,000 serta sijil.

"Terima kasih kepada majikan dan rakan sekerja di Malaysiakini yang memberi sokongan, serta NGO @myhopehero dan @move yang memberi peluang kepada saya untuk menyertai misi kemanusiaan di Palu," kata Azneal ketika ditemui di acara itu di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysiakini Premesh Chandran menang Anugerah Khas Juri. Dia membawa pulang wang tunai RM5,000, trofi dan sijil.

Anugerah sama turut dimenangi CEO Astro Awani Suhaimi Sulaiman.

Anugerah disampaikan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Anugerah tertinggi iaitu Anugerah Kajai dimenangi wartawan Kosmo Ahmad Mustakim Zulkifli dan Luqman Ridhwan Mohamed untuk laporan mereka bertajuk Selangor Diancam Pencemaran Kilang Plastik, Penguatkuasaan Lemah Punca Aktiviti Sukar Dikekang, and Polemik Lambakan Sisa Plastik Beracun.

Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas tahun ini menilai kira-kira 200 penyertaan daripada media cetak dan dalam talian, merentasi 16 kategori.

Lihat Komen
ADS