Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Masuk parti kalau mahu cakap pasal politik, pesan Rais pada TMJ
Diterbitkan:  Apr 28, 2019 6:54 PM
Dikemaskini: 10:54 AM

Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan Rais Yatim meningatkan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim agar menyertai parti politik jika ingin bercakap tentang politik.

"TMJ banyak cakap politik. Tolong rentikan sindir mahukan PM diganti. Itu hak rakyat biasa.

"Kalau mahu cakap politik sila daftar masuk parti politik," katanya dalam kenyataan di Twitter.

Tambah Rais, yang merupakan bekas menteri, ruang untuk golongan raja dan politik berbeza.

"Lopak raja lain. Ruang politik lain. Jangan campur aduk ikut selera anak raja saja.

"Nanti huru-hara rakyat. Tolong waras," katanya.

 

Terdahulu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata hanya rakyat boleh memutuskan untuk menukar perdana menteri Malaysia.

Dr Mahathir membuat kenyataan itu sebagai menjawab soalan pemberita yang bertanya berhubung klip video yang tular di media sosial baru-baru ini yang memaparkan Tunku Ismail menyebut: "Daripada tukar Mora baik tukar perdana menteri."

Mora yang dimaksudkan Tunku Ismail dalam video itu dipercayai adalah Benjamin Mora, iaitu jurulatih JDT.

Klip video itu dirakam ketika Tunku Ismail beredar meninggalkan Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium di Larkin, Johor selepas pasukan bola sepak JDT tewas 1-0 kepada Shandong Luneng pada perlawanan Kejuaraan Liga AFC pada malam Rabu.

Lihat Komen
ADS