173 dipenjara atas penganiayaan seksual kanak-kanak sejak Julai 2017
Seorang lelaki yang berhadapan dengan 623 pertuduhan meliwat dan penganiyaan seksual terhadap anak perempuannya berusia 15 tahun antara 173 individu yang dihantar ke penjara oleh Mahkamah Khas Jenyah Seksual Kanak-kanak yang ditubuhkan dua tahun lalu.
Jumlah itu merupakan sebahagian daripada 405 sabitan kes yang diserahkan oleh mahkamah khas di Putrajaya dan mahkamah khas kedua di Kuching, lapor The star.
Laporan itu memetik jumlah berkenaan dari pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, yang mencatatkan sejumlah 841 kes yang didaftarkan di kedua-dua mahkamah dalam tempoh masa yang sama.
"Setakat ini, 641 kes telah dilupuskan, menyebabkan 200 kes selebihnya dalam proses pendengaran," kata Pejabat Ketua Pendaftar seperti dilaporkan The Star.
Menurut pejabat itu, angka tersebut dari Julai 2017 sehingga Febuari tahun ini apabila Mahkamah Jenayah Khas memulakan operasinya.
Manakala cawangan kedua pula ditubuhkan di Kuching April tahun lalu dengan perancangan 12 cawangan lain akan dibuka disetiap negeri, di seluruh Malaysia.
"Pada masa ini, mahkamah yang lain masih dalam proses penubuhannya," kata pejabat Ketua Pendaftar dipetik sebagai berkata.
Tambahnya lagi, mahkamah khas itu mempunyai tempoh masa 12 bulan untuk menyelesaikan atau dilupuskan kes bagi memastikan keadilan dilaksanakan tanpa kelewatan yang tidak perlu.
"Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia juga berusaha untuk menyediakan persekitaran yang kondusif dan mesra saksi kepada mangsa kanak-kanak dan saksi-saksi yang perlu hadir di mahkamah untuk memberi keterangan.
"Ini akan membolehkan kanak-kanak lebih selesa datang ke mahkamah untuk memberikan kenyataan tanpa takut dengan persidangan mahkamah," katanya.
Sementara itu, kes jenayah seks kanak-kanak di negeri-negeri lain akan terus didaftarkan di Mahkamah Sesyen.
Menurut The Star, antara Julai 2017 dan Februari tahun ini, sejumlah 2,466 kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak telah didaftarkan di seluruh negara, dengan 369 sabitan.

