Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Taib minta rakyat bersyukur bawah pemerintahan PH

Yang Dipertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud berkata rakyat negeri itu seharusnya bersyukur kerana negara terus tenteram dan maju di bawah pimpinan kerajaan persekutuan yang baru.

Katanya kerajaan negeri yang diterajui Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berusaha untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan kerajaan persekutuan bagi memastikan Sarawak terus menerima manfaat dari segi keamanan dan pembangunan negara.

“Menjadi harapan seluruh rakyat Sarawak agar kerajaan persekutuan terus memberi peruntukan yang mencukupi untuk tujuan pembangunan dan kesejahteraan rakyat negeri ini,” katanya.

Abdul Taib berkata demikian  ketika berucap pada pembukaan Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-18 hari ini.

Beliau berkata agenda pembangunan harus diteruskan dan kepentingan rakyat Sarawak mesti diutamakan.

Abdul Taib juga berkata sekalipun persekitaran ekonomi dunia tidak menentu, ekonomi Sarawak terus berkembang dan mencatat pertumbuhan yang positif pada kadar 4.6 peratus pada 2018.

- Bernama

Lihat Komen
ADS