Paling Popular
Terkini

Peguam Negara, Tommy Thomas dan beberapa menteri menjadi sasaran pihak tidak dikenali apabila telefon pintar mereka digodam sejak minggu lalu.

Menurut sumber yang enggan namanya didedahkan, tindakan itu memaksa peguam negara menukar nombor telefon baru bagi mengelakkan telefonnya digodam.

"Sejak minggu lalu, terdapat usaha bersepadu pihak-pihak tertentu melancarkan serangan terhadap beberapa pegawai kanan kerajaan melalui telefon pintar mereka.

"Telefon ini termasuk yang dimiliki oleh AG (Peguam Negara), KSN (Ketua Setiausaha Negara) dan juga beberapa menteri," kata sumber itu di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, sumber itu enggan mendedahkan identiti menteri yang telefonnya bimbitnya digodam.

Malaysiakini cuba mendapatkan komen dan respons dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung perkara itu.

Januari lalu, harian berbahasa Inggeris, The Star melaporkan data peribadi lebih sejuta pelajar dan alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) bocor akibat digodam.

Sumber akhbar harian berbahasa Inggeris itu mengatakan perbuatan itu dilakukan antara bulan Februari dan Mac tahun lepas.

Pada 28 Feb, Menteri Pendidikan Maszlee Malik secara terbuka memohon maaf di Twitter apabila keluar tweet pelik dari akaun peribadinya, selepas mendakwa digodam pihak tertentu.

Lihat Komen
ADS