Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Equanimity dah tinggalkan Malaysia
Diterbitkan:  Apr 30, 2019 8:43 AM
Dikemaskini: 12:49 AM

Kapal persiaran mewah Equanimity dilihat berada di perairan Singapura pagi semalam dan ia adalah pelayaran pertamanya ke luar Malaysia sejak Ogos lalu.

Berdasarkan maklumat perkhidmatan MarineTraffic, Equanimity buat masa ini berlabuh di Singapore Anchorage yang terletak hanya beberapa kilomter dari Sentosa yang menjadi tempat percutian dan perjudian Genting Malaysia Bhd (Genting).

Dalam kenyataan dikeluarkan pada 3 April lalu Jabatan Peguam Negara mengesahkan kenderaan yang dikaitkan dengan skandal 1MDB itu dibeli Genting pada harga AS$126 juta (RM514.6 juta) melalui sebuah syarikat keperluan khas.

Malaysiakini difahamkan urusan penjualan kapal persiaran itu sudah diselesaikan.

Mengulas pembelian berkenaan sebelum ini Genting berkata ia membolehkan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia itu membezakan entiti mereka dengan syarikat pesaing.

Equanimity juga, kata Genting, meyediakan syarikat tersebut dengan kelebihan tersendiri untuk ditawarkan kepada pelanggan mereka. Bagaimanapun tiada butiran lanjut diberikan mengenai kenyataan berkenaan

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS