Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mat Sabu temui rakan sejawat di Iran
Diterbitkan:  Apr 30, 2019 8:35 PM
Dikemaskini: 12:35 PM

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu kini dalam rangka lawatan kerja rasmi ke Tehran, Iran selama enam hari bermula 26 April hingga 1 Mei 2019.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan berkata, Mohamad telah mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawat yang juga Menteri Pertahanan dan Logistik Angkatan Tentera Republik Islam Iran, Brigadier General Amir Hatami.

"Mesyuarat ini diadakan antara lain bertujuan untuk memperhalusi bentuk kerjasama yang berpotensi dilaksanakan khususnya berkaitan keselamatan dan pertahanan kedua-dua buah negara," jelas kenyataan tersebut.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri delegasi Malaysia yang terdiri daripada Duta Besar Malaysia ke Iran, Rustam Yahaya serta beberapa Pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS