Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hamid Bador akan dilantik sebagai IGP, kata PM

Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador akan dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baru, kata perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Perdana menteri mengesahkan perkara ini ketika ditanya oleh pemberita selepas sambutan Hari Pekerja di Putrajaya pagi ini.

"Ya, saya fikir dia adalah IGP yang akan datang.

"Saya rasa Yang di-Pertuan Agong telah menandatangani surat pelantikannya," katanya.

Abdul Hamid  sebelum ini merupakan timbalan pengarah Cawangan Khas Bukit Aman sebelum dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri ketika pentadbiran perdana menteri Najib Razak.

Abdul Hamid mendakwa penukarannya dilakukan kerana ada kaitan dengan tindakannya menyiasat skandal 1MDB.

Beliau bertugas semula dalam pasukan polis selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum pada Mei tahun lepas, dan dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas.

Abdul Hamid dijangka menggantikan Mohamad Fuzi Harun, yang akan bersara pada 4 Mei ini.


Lihat Komen
ADS