Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kereta terbang: Pencapaian sektor aeroangkasa - Redzuan

WAWANCARA | Meskipun mendapat kritikan netizen, secara asasnya ramai memberi maklum balas positif yang mengagumkan berhubung cadangan kerajaan untuk membangunkan model kereta terbang, kata Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof.

Beliau menyifatkan pembangunan kereta terbang merupakan satu lagi pencapaian kementerian itu dalam sektor aeroangkasa.

Jelasnya pembangunan kereta terbang bukanlah perkara baru, malah beberapa negara maju telah membinanya.

"Saya dijemput pada sesi pelancaran teksi terbang di Dubai, begitu juga Jepun melancarkan kenderaan terbang 2025.

"Idea begini dicetuskan dan ia boleh menggalakkan pembangunan dunia. Kita tidak mahu ketinggalan," katanya.

Mohd Redzuan menegaskan, Malaysia mempunyai kebolehan dan telah lama menerokai bidang aeroangkasa dan dikenali oleh negara dunia.

Untuk rekod Mohd Redzuan mengumumkan tentang pembangunan model kereta terbang negara pada 19 Feb tahun ini.

Prototaip di Jepun

Model prototaip untuk kenderaan terbang yang digelar "air mobility" yang diberi nama Vector muncul pada program pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA 2019) Mac lalu.

Kemunculan Vector tular di laman sosial dan mendapat kritikan daripada netizen.

Bagimanapun Mohd Redzuan menafikan yang Vector adalah prototaip kereta terbang negara, sebaliknya prototaip sebenar sedang dibangunkan di Jepun.

Sementara itu, Mohd Redzuan berkata pencapaian negara dalam bidang aeroangkasa yang mendapat perhatian dunia perlu dimanfaatkan untuk pembangunan kereta terbang.

"Kita punya kebolehan ini dari segi aeroangkasa dikenali dunia, kita sudah terbabit dalam pembinaan komponen kapal terbang, komponen buatan Malaysia termasuk industri strategik seperti perkhidmatan dron.

"Teknologi ini boleh diambil untuk kereta terbang, misalannya, pada mulanya pembabitan syarikat dari Malaysia tidak dikenali langsung oleh masyarakat tempatan, tetapi hari ini syarikat dari Malaysia ini kedudukan mereka antara yang teratas," katanya.

Lihat Komen
ADS