Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
DOJ: 'Penjaga' pulangkan berlian ibu Jho Low
Diterbitkan:  May 2, 2019 9:54 AM
Dikemaskini: 1:54 AM

Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat menyatakan "penjaga" set barang kemas yang dikaitkan dengan 1MDB - dipercayai diberikan oleh ahli perniagaan kontroversi, Jho Low, kepada ibunya, Evelyn Goh - akan dikembalikan kepada negara itu.

Dalam pemfailan terbaru mahkamah bertarikh 1 Mei, DOJ berkata pihaknya kini mencapai persetujuan dengan peguam bagi penjaga tersebut untuk memulangkan barang kemas bernilai hampir AS$1.7 juta itu.

Barang kemas tersebut terdiri daripada sepasang anting-anting dan cincin berlian yang sepadan.

DOJ bagaimanapun tidak menamakan penjaga terbabit.

"Pemindahan aset defendan ini tidak boleh ditafsirkan sebagai pengakuan salah laku atau liabiliti di pihak penjaga semasa atau mana-mana pihak lain," kata dokumen berkenaan.

Pada November lalu, DOJ dilaporkan meminta bantuan Bangkok untuk mengeluarkan waran berhubung barang kemas yang dikaitkan dengan isu 1MDB itu.

Waran berkenaan dikeluarkan kerana DOJ percaya Goh berada di Thailand.

Pada 15 Jun tahun lepas, DOJ memfailkan saman pelucutan sivil atas pelbagai aset yang dipercayai dibeli menggunakan hasil penyelewengan 1MDB yang telah disalurkan melalui sistem kewangan AS, termasuk barangan kemas.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS