Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim popular dalam perhimpunan Gerakan Pembela Ummah (Ummah) hari ini.

Ramai penyokong himpunan tersebut membawa sepanduk mendukung putera raja yang lantang mengkritik kerajaan dan dilihat tidak berlaga angin dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Antara plakad dan poster kelihatan bertulis “Jangan jadikan TMJ smokescreen (pengalih perhatin)”, “TMJ=Rakyat, Saddiq= Mahathir + Daim” dan “TMJ Kesayangan Rakyat, Mahathir Kesayangan Saddiq”.

Pemuda Umno bandar Tun Razak, Mohd Riziqin Hillan salah seorang yang membawa bahan pro-TMJ sekali dengan potretnya dalam pakaian rasmi.

“Kami bawa gambar TMJ ini atas sebab berlaku perbalahan antara istana mengenai Statut Rom.

“Kami nak tunjuk protes pada kerajaan dan sokongan kepada istana” katanya kepada Malaysiakini.

Sementara itu, seorang peserta perhimpunan yang tidak mahu dikenali berkata plakad itu diedarkan di Masjid Jamek oleh seorang lelaki dalam usia 30 tahun.

"Kami terima sahaja bila orang beri,” katanya.

Hubungan istana Johor dan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini tegang susulan pandangan berbeza dalam isu Statut Rom dan pemilihan exco dan menteri besar baru Johor.

Terbaru, timbul pula isu sebidang tanah projek Sistem Transit Aliran Johor–Singapura (RTS) yang didakwa telah dipindah milik kepada sultan Johor sehingga menyebabkan ia terganggu secara tidak langsung.

Sultan bagaimanapun bertitah baginda tidak dimaklumkan berkaitan perancangan terhadap tanah itu dan bersedia memulangkan kembali pusat secara percuma.

Gerakan Pembela Ummah (Ummah) menggerakkan perhimpunan itu bagi "mempertahankan kedaulatan Islam". Acara itu didukung oleh PAS dan Umno yang kini menjadi sekutu politik.

Lihat Komen
ADS