Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images

PRK SANDAKAN | Bekas speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia membuat kemunculan menyokong calon PBS hari ini dengan hadir berceramah di Pulau Berhala.

Beliau berkata terpanggil menyokong calon PBS selepas mendapat tahu pemimpin DAP Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang berceramah di Sandakan.

"Pada mulanya saya tak mahu datang. Tiada kewajaran. Kerana bertanding di sini adalah dua wanita yang kaum Tiong Hua.

"Satu berpengalaman. Dua penggal. Saya tahu Puan Linda (Tsen). Saya tahu dia. Saya tahu mendiang (MP Sandakan Stephen) Wong pernah saya dengar mereka hujah di parlimen.

"Saya menilai...saya datang terpanggil. 

"Apabila orang-orang Malaya datang di sini. Mereka guna hujah-hujah yang belum kita pernah dengar.

"Siapa dengar isu-isu ECRL? Binatang (apa) ECRL? Apa itu 1MDB? Pernah dengar 1MDB?" Soalnya.

Selanjutnya, Pandikar bertanyakan hadirin mengenai bantuan sara hidup BR1M: "Tapi BR1M pernah kan? Pernah terima BR1M, itu BR1M pernah dengar kan? Siapa kasi BR1M?"

Menjawab soalan itu, hadirin bersorak:"BN!"

Pandikar keluar dari Umno Sabah pada Disember tahun lalu dan sekarang tidak berparti.

Selain Kampung Kim Kim, Pulau Berhala merupakan salah satu Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Sandakan yang dimenangi BN pada PRU14 lalu.

Majlis ceramah kelompok itu menarik kehadiran kira-kira 60 orang.

Pandikar juga berkata kemudahan di pulau tersebut seperti masjid dan tangki air disediakan oleh pentadbiran BN terdahulu.

"Apa yang roket (buat) di sini?" Soalnya lagi.

Sementara, hadirin menjawab dengan sorakan,"tumbang DAP!"

Pandikar juga memuji calon PBS Linda Tsen, bekas MP Batu Sapi selama dua pengal.

Katanya, ketika itu beliau menjadi speaker parlimen dan berdasarkan pemerhatiannya Linda dilihat sentiasa tenang dan berkebolehan berbahas dengan baik di Dewan Rakyat.

[Baca berita asal]

 

Lihat Komen
ADS