Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Zunar: Saya akan terus kritik k'jaan apabila perlu

Kartunis politik, Zunar memberi amaran kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) bahawa beliau akan terus mengkritik kerajaan seperti dilakukan pada era BN sekiranya pembaharuan tidak dilakukan.

"Kerja saya tetap sama, saya akan mengkritik kerajaan apabila perlu. Dari segi ekonomi, atau pembaharuan, mereka tidak banyak berbuat apa-apa, tidak perlu gunakan wang untuk melakukannya," kata Zunar atau nama penuhnya Zulkiflee Anwar SM Alhaque.

Beliau berkata demikian ketika berucap di pameran solo pertamanya di Pulau Pinang yang dilancarkan Presiden PKR, Anwar Ibrahim semalam.

Zunar berkata sehingga kini masih terdapat beberapa undang-undang yang terus mengekang kebebasan bersuara dan ekspresi seni.

Malah undang-undang itu digunakan untuk menangkapnya sebelum kerajaan BN tumbang pada 9 Mei 2018.

Ketika pentadbiran BN, Zunar menghadapi sembilan pertuduhan di bawah enam undang-undang - Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Kanun Keseksaan, Akta Imigresen 1959/1963, Akta Pencetakan dan Penerbitan 1984 dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Khas) 2012.

"Akta-akta ini masih ada. Mereka (Pakatan Harapan) mempunyai kuasa untuk memansuhkan undang-undang ini tetapi mereka tidak melakukannya," kata Zunar yang kelihatan sangat kecewa.

"Saya mahu mengatakan sebarang kritikan yang saya buat terhadap BN, jangan fikir saya tidak akan lakukannya kepada Harapan. Jadi sila lakukan pembaharuan yang perlu.

"Saya akan kritik mereka untuk rakyat, kerana kita tidak mahu Harapan memerintah 60 tahun lagi jika ia akan jadi seperti BN," katanya.

Di pameran yang diadakan di Balai Seni Lukis Pulau Pinang di Lebuh Farquhar, 200 karya seni Zunar dipamerkan dalam beberapa kategori. Ini termasuk potret dirinya, ulasan politik, pandangannya terhadap Altantuya Shaariibuu yang dibunuh dan buku asalnya yang dilarang, "Sapuman - Man of Steal".

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS