Paling Popular
Terkini

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memindahkan kes pengubahan wang haram dan rasuah melibatkan bekas ketua menteri Sabah Musa Aman, ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas pihak defendan bersetuju dengan permohonan pendakwa raya sebelum ini bagi memindahkan kes itu ke mahkamah tinggi.

Pada November lalu, Adun Sungai Sibunga itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas 35 pertuduhan rasuah berhubung kontrak konsesi balak di negeri Sabah membabitkan wang berjumlah AS$63.3 juta.

Wang suapan itu ialah sebagai dorongan untuk melakukan perbuatan berhubung hal ehwal prinsipal beliau, iaitu memberikan kontrak konsesi balak Sabah kepada beberapa buah syarikat antaranya Syarikat Segar Tepat Sdn Bhd dan J.V. Lestari Sdn Bhd.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 Akta sama.

Pada Mac, Musa didakwa lagi di Mahkamah Sesyen atas 16 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah lebih AS$37.8 juta dan SGD2.5 juta antara Jun 2006 dan Mei 2008.

Pertuduhan itu menjadikan Musa kini berdepan 51 pertuduhan termasuk 35 pertuduhan rasuah berhubung kontrak konsesi balak di Sabah.

Lihat Komen
ADS