Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Warga emas dibantu jalani hari tua lebih baik - Wan Azizah

WAWANCARA | Kerajaan sedang berusaha memperbaiki kualiti hidup golongan warga emas, maklum Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ini melibatkan aktiviti dan program menyasarkan golongan berkenaan serta memperkenalkan prasarana khas bermula dengan projek pertama di Taiping.

"Orang yang dah warga emas ini juga kita teliti kerana negara menjurus kepada negara tua.

"Ini juga yang kita buat program, kerana ada anak-anak mengabaikan ibu bapanya yang sudah tua. Anak-anak bekerja, tak ada siapa yang jaga rumah, itu satu .

"Yang satu lagi adalah apabila mereka duduk di rumah, dulu ada pangkat ada aktiviti, namun sekarang ini duduk saja.

"Ada sesuatu yang kita belajar dari Jepun, (warga emas) mati keseorangan. Jadi ini adalah usaha-usaha kementerian nak menangani supaya tidak berlaku begitu," katanya.

Menurut Wan Azizah kementeriannya akan merangka program untuk golongan warga emas berdasarkan minat mereka.

"Kalau pak cik nak pergi masjid, kita tak akan bagi dia (pergi kelas tarian ) zumba," jelasnya.

Sementara itu, katanya usaha menjadikan Taiping bandar mesra warga emas dilaksanakan melalui kerjasama Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP).

"Kita ada juga melihat kepada bila zaman tua itu ada Pusat Aktiviti Warga Emas (Pawe).

"Sekarang ini di Taiping, kementerian kita telah dipilih untuk mengawasi satu daripada program UNDP di mana Taiping telah dipilih kerana demografinya banyak orang tua berada kat Taiping

"Badan itu buat satu prasarana untuk bandar mesra warga emas dekat Taiping, dia akan buatkan satu kajian dan akan dibiayai oleh UNDP," katanya lagi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS